AGENDA

Pelakon cederakan bekas tunang ditahan polis

28 Jul 2019, 11:30 PM
Pelakon cederakan bekas tunang ditahan polis

KUALA LUMPUR, 29 JULAI: Seorang pelakon lelaki ditahan polis selepas dipercayai mencederakan bekas tunangnya, juga seorang pelakon, di Taman Puncak Jalil, Bandar Putra Permai akhir bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Ismadi Borhan berkata, dalam kejadian pada 26 Jun itu, pelakon berusia 27 tahun itu juga dilapor mencekik dan menumbuk mulut bekas tunangnya sehingga berdarah.

Siasatan awal mendapati pelakon terbabit ke rumah bekas tunangnya dan memaksa mangsa masuk ke dalam kereta dipandunya dan berlaku pergaduhan antara mereka, katanya ketika dihubungi semalam.

Ismadi berkata, pelakon wanita berusia 23 tahun itu tidak membuat laporan polis pada awal kejadian kerana ingin menyelesaikan secara baik, namun lelaki terbabit didakwa bertindak secara berlebihan.

“Mangsa membuat laporan polis semalam dan dirujuk ke Hospital Serdang untuk pemeriksaan, namun tiada kesan kecederaan ditemui kerana kejadian itu sudah lama berlaku.

“Pelakon lelaki terbabit ditahan selepas menyerah diri di Balai Polis Bandar Kinrara dan dia dilepaskan dengan jaminan polis setelah keterangannya diambil,” katanya.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.