ad
AGENDA

Ops Bersepadu: 38 pendatang asing tanpa izin ditahan

28 Jul 2019, 1:05 PM
Ops Bersepadu: 38 pendatang asing tanpa izin ditahan

KUALA LUMPUR, 28 JUL: Sebanyak 38 pendatang asing tanpa izin ditahan dalam operasi bersepadu oleh polis dan pelbagai agensi penguatkuasa di Kampung Sungai Serai, Kuang, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supt Shafa'aton Abu Bakar berkata, operasi itu dijalankan oleh pasukan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh dengan kerjasama Jabatan Imigresen Selangor dan Jabatan Pendaftaran Negara.

"Operasi bermula pukul 1 pagi dan seramai 135 pendatang telah diperiksa melibatkan 106 lelaki dan 29 wanita.

“Hasil operasi itu, kami menahan 38 pendatang asing tanpa izin termasuk 27 dari Indonesia, 10 dari Bangladesh dan seorang dari Vietnam.

“Mereka termasuk tiga wanita berusia 25 hingga 50 tahun yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 6 (3) Akta Imigresen1959/63.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.