ad
SELANGOR

Air Selangor kesan pencemaran minyak diesel

21 Jul 2019, 2:59 PM
Air Selangor kesan pencemaran minyak diesel

SHAH ALAM, 21 JUL : Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mengesan pencemaran minyak diesel di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3 (LRA SSP1, LRA SSP2 dan LRA SSP3) serta Loji Rawatan Air Rantau Panjang dari sumber air mentah Sungai Selangor.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasinya, Abdul Raof Ahmad berkata, ekoran insiden pencemaran itu, LRA Rantau Panjang terpaksa dihentitugas pada jam 6 petang hari ini, LRA SSP3 pada jam 8 malam dan LRA SSP1 serta LRA SSP2 pada jam 8.15 malam.

Katanya, pihak Air Selangor telah melaporkan insiden pencemaran ini kepada pihak berkuasa dan

mendapati punca pencemaran adalah dari kerja-kerja pengorekkan pasir di hulu sungai.

"Ini merupakan insiden kedua dalam tempoh tiga hari melibatkan penutupan kempat-empat Loji Rawatan Air Utama dan menyebabkan gangguan tidak berjadual berskala besar kepada pelanggan.

"Pihak kami tidak dapat memastikan jangkamasa pemulihan sekiranya insiden pencemaran sumber air

mentah kembali berulang dan berada dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi sebarang insiden seperti yang berlaku pada hari ini," katanya.

Abdul Raof berkata, kawasan terjejas adalah adalah sama seperti senarai terdahulu dan sila rujuk

aplikasi telefon bimbit Air Selangor, laman sesawang www.syabas.com.my dan

facebook Air Selangor atau Twitter @air_selangor bagi mendapatkan maklumat dan

status terkini yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.