BERITA UTAMA

Gangguan teknikal emel dan portal SelangorKini

16 Jul 2019, 10:17 AM
Gangguan teknikal emel dan portal SelangorKini

Portal SelangorKini sedang dikemaskini, termasuk menambah baik reka letak, mulai petang semalam.

Dalam usaha penambahbaikan ini, kami menghadapi sedikit gangguan teknikal dan komunikasi emel rasmi.

Untuk tujuan komunikasi dalam tempoh masalah ini -- termasuk jemputan membuat liputan -- semua pihak boleh menghubungi kami melalui faksimili 03-5523 5856 atau emel peribadi kepada Penolong Editor, afeeqa.afeera@gmail.com (Afeeqa Afeera) atau naeemraffi85@gmail.com (Naeem Raffi).

Untuk tujuan pentadbiran, anda boleh menghubungi emel peribadi Pengurus Kanan Mohd Zulkifli Ismail mohdzulkifliismail11@gmail.com.

Anda juga boleh menghubungi talian pejabat kami di 03-5523 4856.

SelangorKini akan cuba mengatasi gangguan teknikal ini secepat mungkin.

Kami berharap reka bentuk portal yang baru ini memberi keselesaan kepada anda semua, pembaca setia kami.

Harap maklum.

Fathi Aris Omar

Pengarang Kumpulan

fathiaris@gmail.com

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.