ad
SELANGOR

Gangguan perkhidmatan PJ City Bus pada 14 Julai

10 Jul 2019, 9:24 AM
Gangguan perkhidmatan PJ City Bus pada 14 Julai

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 10 JULAI: Perkhidmatan PJ City Bus (laluan PJ 01) akan mengalami gangguan ekoran penutupan sementara Lebuhraya Baru Pantai Timur (NPE) bermula 2 hingga 11 pagi, pada 14 Julai ini .

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) memaklumkan, penutupan sementara lebuh raya itu bagi memberi laluan kepada program larian ‘IJM Allianz Duo Highway Challenge 2019’.

“Laluan perkhidmatan (PJ 01) akan beroperasi seperti biasa selepas Lebuhraya NPE dibuka semula kepada semua kenderaan pada 11 pagi,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi Bahagian Perancangan Pengangkutan, Jabatan Perancangan Pembangunan MBPJ di talian 03-7956 3544 sambungan 357/353 (waktu pejabat) atau Aduan MBPJ di talian 03-7954 2020.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.