ad
SUKANKINI

Frank Lampard ketua jurulatih Chelsea baharu

4 Jul 2019, 9:34 AM
Frank Lampard ketua jurulatih Chelsea baharu
Frank Lampard ketua jurulatih Chelsea baharu

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 4 JUL: Frank Lampard diumumkan secara rasmi sebagai ketua jurulatih baharu Chelsea dengan kontrak selama tiga tahun.

Berusia 41 tahun, Lampard mengakui gembira kembali ke Stamford Bridge selepas meninggalkan The Blues pada 2014.

"Semua orang tahu cinta saya kepada kelab ini dan sejarah kami kongsi bersama. Tumpuan saya adalah terhadap tugas dan menyiapkan pasukan untuk musim akan datang.

"Saya akan bekerja keras di sini, membawa kejayaan kepada kelab dan tidak sabar untuk memulakannya," katanya dipetik menerusi laman rasmi kelab www.chelseafc.com.

Kepulangan semula Lampard disambut dengan tanda pagar #WelcomeHomeFrank di semua laman sosial Chelsea.

Lampard memenangi tiga kejuaraan Liga Perdana Inggeris, empat Piala FA, dua Piala Liga dan Liga Juara-Juara Eropah bersama kelab berpangkalan di London itu.

Dia juga melakukan 106 penampilan dan menjaringkan 29 gol bersama England sebelum mengumumkan persaraan sebagai pemain profesional pada Februari 2017.

Kredit foto: Facebook Chelsea & Chelsea.com

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.