NASIONAL

Kontrak Haziq ditamat berkuat kuasa 18 Jun

20 Jun 2019, 12:43 PM
Kontrak Haziq ditamat berkuat kuasa 18 Jun

KUALA LUMPUR, 20 Jun : Kementerian Industri Utama menamatkan kontrak perkhidmatan Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) kepada Timbalan Menterinya, Haziq Abdullah Abdul Aziz berkuat kuasa Selasa lepas.

Kementerian itu dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan langkah berkenaan diambil ekoran satu pengakuan tidak beretika di dalam media sosial yang telah dibuat menerusi klip video oleh Haziq pada 12 Jun lepas.

“Kementerian memandang perkara itu sebagai satu pelanggaran nilai, etika dan Peraturan-peraturan Perkhidmatan Awam yang berkuat kuasa termasuk Perintah Am serta Perjanjian Kontrak.

“Surat tunjuk sebab juga telah diberikan serta-merta dan beliau telah menjawabnya. Sehubungan itu Kementerian telah mengambil langkah menamatkan perkhidmatan beliau berkuat kuasa 18 Jun 2019,” menurut kenyataan itu.

Susulan penamatan kontrak berkenaan, kementerian tidak lagi mempunyai sebarang kaitan dengan Haziq, menurut kenyataan itu lagi.

Kementerian itu turut menegaskan tidak akan bertolak ansur dengan sebarang soal perilaku yang menjejaskan reputasi serta imej pihaknya. -BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.