ad
NASIONAL

Isu video: Hilman nafi ugut Haziq

14 Jun 2019, 8:26 AM
Isu video: Hilman nafi ugut Haziq

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 14 JUN: Setiausaha Politik Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Muhammad Hilman Idham menafikan dakwaan beliau mengugut Haziq Abdullah Abdul Aziz ketika bertemu di sebuah hotel di Putrajaya berhubung isu video, pada 11 Jun lalu.

Beliau menjelaskan, laporan dibuat Haziq yang juga pegawai timbalan menteri itu sebagai palsu sebaliknya pertemuan tersebut adalah atas kapasiti peribadi tanpa pengetahuan mana-mana pihak termasuk menteri, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali.

"Saya ingin menafikan sekeras-kerasnya laporan tersebut dan ingin menegaskan bahawa laporan tersebut adalah laporan palsu.

"Dalam pertemuan tersebut, Haziq telah menyatakan kepada saya bahawa beliau adalah mangsa permainan politik kotor untuk menjatuhkan Mohamed Azmin.

"Beliau juga menyatakan bahawa video tersebut palsu dan menafikan beliau adalah karakter dalam video tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Haziq memuatnaik dua keping gambar laporan polis yang dibuat terhadap Muhammad Hilman di laman Facebook berhubung ugutan yang diterimanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.