ad
NASIONAL

Polis buka kertas siasatan kes video tular

13 Jun 2019, 8:48 AM
Polis buka kertas siasatan kes video tular

 

PUTRAJAYA, 13 JUN: Polis telah membuka kertas siasatan berhubung kes video lucah yang dikaitkan dengan seorang menteri, kata Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador.

Menurutnya, polis setakat ini menerima satu laporan berhubung kes video yang tular di media sosial itu.

"Tindakan akan diambil sebagaimana laporan polis dibuat bagi apa jua isu. Kita jalankan siasatan," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Aidilfitri anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di sini, hari ini.

Abdul Hamid berkata polis akan memanggil beberapa individu bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Ditanya sama ada individu yang terlibat dalam video boleh dikenakan tindakan, Abdul Hamid berkata: "Dalam proses siasatan (individu berkenaan) boleh dipanggil, boleh tidak dipanggil. Kita panggil mana yang berkenaan. Kes masih dalam siasatan."

Abdul Hamid juga berkata, orang yang mengedar video berkenaan boleh diambil tindakan.

Semalam, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menafikan sekeras-kerasnya tuduhan seorang individu yang cuba mengaitkannya dalam video lucah.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.