ad
SELANGOR

Hati-hati di jalan raya semasa pulang dari kampung - MB

9 Jun 2019, 6:27 AM
Hati-hati di jalan raya semasa pulang dari kampung - MB

OLEH NORHAYATI UMOR

BATU CAVES, 9 JUN: Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari menasihatkan orang ramai khususnya warga Selangor yang akan pulang dari kampung halaman selepas menyambut hari raya supaya berhati-hati dan mematuhi undang-undang ketika memandu.

"Cuti sempena hari raya ini saya percaya ramai sudah mulakan perjalanan untuk pulang ke kota, selepas menyambut perayaan.

“Saya harap pandulah dengan selamat dan patuhlah undang-undang jalan raya terutamanya pada musim hujan ini," katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui ketika program kunjungan hari raya Ketua-Ketua Kampung Dewan Undangan Negeri Sungai Tua, di sini.

Amirudin berharap semua pihak dapat bersabar kerana lalu lintas pastinya padat dan sesak.

Beliau turut mendoakan pengguna jalan raya selamat tiba ke destinasi mereka dengan selamat bersama keluarga tersayang.

Terdahulu, Amirudin yang juga Ahli Dewan Negeri Sungai Tua bersama isteri, Masdina Muhamad dan keluarganya membuat kunjungan hari raya ke 10 buah rumah penggerak utama kawasan sekitar.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.