ad
GLOBAL

AS sentiasa terbuka berunding dengan Korea Utara

25 Mei 2019, 4:25 AM
AS sentiasa terbuka berunding dengan Korea Utara

WASHINGTON/SEOUL, 25 MEI: Amerika Syarikat (AS) sentiasa terbuka untuk berunding, meskipun Korea Utara menggesa satu "kaedah baharu" diwujudkan bagi memecahkan kebuntuan mengenai isu nuklear, lapor agensi berita Yonhap.

Kenyataan Jabatan Negara AS itu sebagai mengulas pendirian Pyongyang bahawa perbincangan tidak akan diteruskan kecuali Washington mengemukakan kaedah baharu.

Jabatan Negara AS berkata, pentadbiran presidennya, Donald Trump berpegang kepada perjanjian yang disepakati ketika rundingan di Singapura, mewujudkan keamanan berkekalan dan Semenanjung Korea yang bebas nuklear.

Perbincangan nuklear antara Washington dan Pyongyang menemui jalan buntu sejak sidang kemuncak kedua di Hanoi berakhir tanpa perjanjian.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.