ad
EKONOMI

Usaha sama Lynas Corp US tidak beri kesan ke atas operasi Malaysia

23 Mei 2019, 8:35 AM
Usaha sama Lynas Corp US tidak beri kesan ke atas operasi Malaysia

 

KUALA LUMPUR, 23 Mei: Lynas Malaysia Sdn Bhd mengesahkan komitmennya kepada Malaysia susulan pemeteraian memorandum persefahaman antara syarikat induknya dan Blue Line Corporation, untuk membina kemudahan pemisahan nadir bumi di Amerika Syarikat.

Dalam kenyataan hari ini, Pengarah Urusan dan Naib Presidennya Datuk Mashal Ahmad berkata cadangan usaha sama Lynas Corporation dengan syarikat yang berpangkalan di Texas itu, tidak akan memberi kesan kepada operasinya di Malaysia.

Beliau berkata berdasarkan cadangan awal JV itu, tumpuan akan diberikan kepada pemisahan nadir bumi berat berbanding tumpuan Lynas Malaysia kepada pemisahan nadir bumi ringan.

"Minggu ini, Lynas mengesahkan komitmen kami kepada Malaysia, dan untuk membuat pelaburan lanjut dalam operasi kami di Malaysia. Ini akan memberi peluang baharu kepada rakyat untuk berkembang bersama syarikat kami, dan untuk Lynas menyumbang kepada wawasan Industri 4.0 Malaysia," katanya. -BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.