SELANGOR

Polis tahan lelaki bantu siasatan kes bunuh

22 Mei 2019, 6:07 AM
Polis tahan lelaki bantu siasatan kes bunuh

KUALA LUMPUR, 22 MEI: Seorang lelaki ditahan polis di Pangsapuri Sri Raya, Ukay Perdana, Ampang, Selangor, semalam bagi membantu siasatan kes bunuh seorang individu, pada 12 Mei lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Fadzil Ahmat berkata, suspek ditahan jam 1.30 petang oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (Jenayah Berat) D9 Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Jabatan Siasatan Jenayah (Jenayah Berat) D9 Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang di Pangsapuri Sri Raya, Ukay Perdana, Ampang, Selangor.

“Reman telah dipohon terhadap lelaki yang berusia 25 tahun itu di Mahkamah Majistret Ampang pagi tadi dan (reman) dibenarkan selama tujuh hari mulai 22 sehingga 28 Mei ini,” katanya kepada Bernama hari ini.

Lebih seminggu lalu, sepasukan polis dari IPD Ampang Jaya menerima maklumat mengenai seorang perunding acara ditemukan mati dengan kesan dengan beberapa kesan tikaman di sebuah apartment di Residensi Bestaria, Dataran Ukay, Ampang Jaya, jam 1 pagi.

“Kes diklasifikasikan sebagai bunuh dan disiasat di bawah Sek 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.