ad
BERITA UTAMA

MB: Manfaat Ramadan dengan bacaan al-Quran

22 Mei 2019, 1:11 AM
MB: Manfaat Ramadan dengan bacaan al-Quran

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 22 MEI: Manfaatkan Ramadan dengan membaca dan menghayati al-Quran, itu pesan Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari sempena Sambutan Nuzul Al-Quran, hari ini.

Katanya, pada masa sama umat Islam perlu mengambil pengajaran dari perintah dan firman Allah SWT di dalam al-Quran.

"Bulan Ramadan yang mulia adalah di mana diturunkan al-Quran sebagai panduan kepada umat Islam.

"Peristiwa penurunan ayat al-Quran seperti dalam firman ALLAH SWT dalam Surah Al Baqarah ayat 185 menjadi iktibar kepada kita semua agar sentiasa berpegang kepada al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW sebagai panduan sepanjang zaman," tulisnya di laman twitter.

Nuzul al-Quran merujuk kepada peristiwa turunnya ayat al-Quran pertama kepada Nabi Muhammad SAW pada malam Jumaat, 17 Ramadan, di Gua Hira, Mekah iaitu tahun ke-41 daripada keputeraan baginda.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.