ad
NASIONAL

Pihak tidak berkenaan tidak sepatutnya buat spekulasi siasatan Kementah

20 Mei 2019, 3:05 PM
Pihak tidak berkenaan tidak sepatutnya buat spekulasi siasatan Kementah

KUALA LUMPUR, 20 Mei: Pihak-pihak yang tidak berkaitan tidak sepatutnya membuat spekulasi terhadap sebarang isu yang sedang disiasat oleh Jawatankuasa Siasatan Khas Isu-Isu Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Negara seperti pembelian helikopter oleh Kementerian Pertahanan (Kementah) kerana ia akan mengganggu proses siasatan.

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berkata, jawatankuasa siasatan khas berkenaan yang dipengerusikan bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang masih menjalankan siasatan terhadap isu-isu perolehan dan kewangan Kementah.

Mindef akan memanjangkan siasatan jawatankuasa itu berhubung isu ‘Land Swap’ kepada Kabinet sebelum membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya, katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini. -BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.