ad
BERITA UTAMA

Pelihara keunikan budaya dan agama di Selangor - MB

19 Mei 2019, 4:42 AM
Pelihara keunikan budaya dan agama di Selangor - MB

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 19 MEI: Dato' Menteri Besar menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Hari Wesak kepada rakyat Malaysia yang beragama Buddha.

Amirudin Shari melalui catatannya di laman media sosialnya berkata, sambutan itu amat penting kepada komuniti Buddha yang memperingati kelahiran, pencerahan agung dan pemergian Gautama Buddha menerusi Nirvana.

"Saya mengucapkan Selamat Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha khususnya di Selangor.

"Kepelbagaian agama dan budaya di Selangor yang unik mesti dipelihara dan menjadi asas perpaduan serta kesentosaan negeri kita," tulisnya.

Hari Wesak disambut hari ini menandakan tiga peristiwa penting dalam kehidupan Buddha iaitu hari lahir beliau, kesedaran dan kematiannya.

Ia adalah antara festival paling meriah, dengan perarakan kereta berhias yang diserikan dengan hiasan dan bunga-bungaan berwarna-warni.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.