ad
NASIONAL

Putrajaya minat sistem e-tanah Selangor

17 Mei 2019, 8:40 AM
Putrajaya minat sistem e-tanah Selangor

OLEH ZAIM BADRUL HISHAM

SHAH ALAM, 17 MEI: Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) memberitahu pihaknya dirisik oleh Kerajaan Persekutan bagi menguna pakai sistem e-tanah selari peredaran teknologi semasa.

Pengarahnya, Dato' Zul-kefli@Zulkefli Khalid berkata, sistem terbabit akan mendigitalkan sistem pentadbiran tanah secara eletronik dan bersepadu supaya pentadbiran tanah negeri lebih efektif, telus dan selamat.

Katanya, ketika ini Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan bakal memulakan kajian awal bagi perlaksanaan projek sistem e-tanah di Selangor.

"Kajian awal dibuat bagi mengenal pasti persekitaran semasa sistem di PTGS dan Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) yang akan terlibat dengan migrasi data dan intergrasi dengan sistem e-tanah.

"Semoga dengan kemajuan projek ini dapat meningkatkan kecekapan pentadbiran tanah di Selangor," katanya ketika berucap di Majlis Rapat Ramadan Penjawat Awam Kerajaan Selangor di Auditorium Dewan Jubli Perak, SUK, di sini.

Pada masa sama, beliau berkata, dengan pentadbiran yang cekap dapat menyumbang kepada kedudukan Malaysia sebagi sebuah negara mesra pelabur dalam penilaian 'Ease Of Doing Business' oleh Bank Dunia.

"Malaysia kini menduduki tangga ke-15  berbanding ke-24 pada tahun 2018.

"Manakala dalam laporan World Bank, 'sub indicator' pendaftaran hartanah Malaysia kini pada tangga ke-29 berbanding ke-42 pada tahun 2018," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.