ad
GLOBAL

Statut Rome: PBB tarik balik penyertaan Malaysia

16 Mei 2019, 8:08 AM
Statut Rome: PBB tarik balik penyertaan Malaysia

 

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 16 MEI: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengesahkan penarikan balik penyertaan Malaysia ke Statut Rome Mahkamah Jenayah Antarabangsa pada 15 Mei 2019.

Kementerian Luar Negeri dalam kenyataan berkata, penarikan balik penyertaan Malaysia ke triti tersebut berkuatkuasa serentak mengikut tarikh surat dikemukakan Kerajaan Malaysia pada 29 April 2019.

"Makluman mengenai pengesahan tersebut telah dimuatnaik di laman sesawang PBB pada awal pagi 16 Mei 2019 (waktu Malaysia).

"Sehubungan dengan ini, Malaysia telah dikeluarkan daripada senarai Negara Pihak kepada Statut Rome Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

"Maklumat lanjut mengenai pengesahan ini boleh dilayari di laman sesawang United Nations Treaty Collection di https://treaties.un.org/doc/Publication/CN/2019/CN.185.2019-Eng.pdf," katanya.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.