ad
NASIONAL

Statut Rom: Kementerian Luar panggil 'Resident Coordinator' PBB

15 Mei 2019, 6:25 AM
Statut Rom: Kementerian Luar panggil 'Resident Coordinator' PBB

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 15 MEI: 'Resident Coordinator' Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Malaysia diminta untuk memberi penjelasan kepada Kementerian Luar Negeri hari ini, berhubung proses dan status terkini penarikan diri Malaysia dari Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

Kementerian itu dalam kenyataan berkata, maklumat di laman sesawang PBB setakat ini menunjukkan Malaysia kekal sebagai Negara Pihak dan kedudukan terbabit nyata mengecewakan.

"Walaupun Malaysia sudah mengemukakan surat penarikan diri dari Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa kepada pihak PBB, namun pengekalan Malaysia sebagai Negara Pihak kepada triti terbabit seperti yang tertera dalam laman sesawang PBB adalah sangat mengecewakan," katanya.

Pada 5 April lalu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan keputusan Jemaah Menteri supaya Malaysia menarik balik penyertaannya ke Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

Kementerian Luar Negeri dalam kenyataan media pada 8 Mei lalu berkata, kerajaan sudah mengemukakan surat penarikan diri Malaysia kepada Setiausaha Agung PBB pada, 29 April lalu.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.