ad
GLOBAL

Rakyat Algeria tuntut perubahan radikal, bantah pilihan raya presiden

11 Mei 2019, 4:23 AM
Rakyat Algeria tuntut perubahan radikal, bantah pilihan raya presiden

ALGIERA, 11 MEI:Puluhan ribu rakyat Algeria mengadakan bantahan di jalan-jalan raya pada Jumaat sebagai membantah pilihan raya presiden yang dijadual pada 4 Julai,lapor agensi berita Xinhua.

Sebelum ini pihak berkuasa bertindak memenjara bekas pemimpin perisik dan saudara lelaki bekas Presiden Abdelaziz Bouteflika, serta mendakwa beberapa ahli perniagaan dan ahli politik kerana kesalahan rasuah.

Meskipun langkah itu disambut baik penunjuk perasaan, namun mereka mengatakan permintaan utama iaitu melihat perubahan radikal rejim masih belum ditunaikan.

Bantahan besar-besaran itu tercetus pada 22 Februari lalu, ketika Algeria menentang keputusan Bouteflika mempertahankan jawatannya sebagai presiden untuk penggal kelima.

Pada 2 April, Bouteflika mengumumkan peletakan jawatannya selepas menerima tekanan kuat pelbagai pihak.

Minggu lalu, presiden sementara dan institusi ketenteraan mendesak pilihan raya presiden diadakan pada 4 Julai berdasarkan perlembagaan.

- BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.