ad
NASIONAL

LPPSA tutup sementara sistem e-Tiket aduan

10 Mei 2019, 1:55 AM
LPPSA tutup sementara sistem e-Tiket aduan

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 10 MEI: Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) bakal membuat penutupan sementara sistem e-Tiket aduan atau pertanyaan, bermula 6 petang hari ini sehingga 10 malam, pada 12 Mei.

LPPSA melalui kenyataan berkata, penutupan itu bagi memberi laluan kepada kerja penyelenggaraan pangkalan data supaya berjalan lebih lancar.

"LPPSA ingin memohon maaf di atas segala kesulitan dan akan terus berusaha menyediakan yang terbaik untuk pelanggan bagi memastikan setiap saluran aduan atau pertanyaan digunakan berjalan lancar," katanya dalam kenyataan.

Untuk sebarang aduan atau pertanyaan, boleh hubungi pusat panggilan utama di talian 0388801600 atau melalui portal rasmi LPPSA di www.lppsa.gov.my.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.