ad
NASIONAL

PAT iftar bersama anggota TDM di Pos Serikin

8 Mei 2019, 6:33 AM
PAT iftar bersama anggota TDM di Pos Serikin

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 8 MEI: Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Dato' Seri Panglima Zulkifli Zainal Abidin, mengadakan lawatan di Kawasan Operasi AWAS/ KERIS PARANG dan berbuka puasa bersama anggota Tentera Darat Malaysia yang bertugas di Pos Serikin, Sarawak, semalam.

Bahagian Hal Ehwal Awam – J7, Markas Angkatan Tentera Malaysia memaklumkan, lawatan beliau diiringi Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Datuk Wira Zamrose Mohd Zain.

Turut hadir, Panglima 1 Divisyen, Mej Jen Dato' Md Din Abu, Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota Markas Angkatan Tentera Malaysia, Mej Jen Dato’ Azlan Abd Rahman dan Panglima 3 Briged, Brig Jen Mohd Isa Jaafar.

Sebelum itu, PAT turut berkesempatan mengadakan Kunjungan Hormat kepada Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.