ad
SELANGOR

Aplikasi PBP, SSP mudahkan pengguna bayar parkir dan kompaun

6 Mei 2019, 5:46 AM
Aplikasi PBP, SSP mudahkan pengguna bayar parkir dan kompaun
Aplikasi PBP, SSP mudahkan pengguna bayar parkir dan kompaun
Aplikasi PBP, SSP mudahkan pengguna bayar parkir dan kompaun

OLEH IZRIN MOHAMAD SAID

SUBANG JAYA, 6 MEI: Penduduk di Subang Jaya kini mempunyai pebagai landasan melunaskan

bayaran letak kereta dan kompaun apabila Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) memperkenalkan aplikasi Parkbyphone (PBP) dan Smart Selangor Parking (SSP).

Pengarah Eksekutif Bahagian Perniagaan Letak Kereta Godell Parking Sdn Bhd, Md Jaki Omar berkata, pembayaran itu memberi peluang kepada pengguna untuk memilih landasan pilihan mereka.

"Hasil tiga gabungan kepakaran iaitu Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) dan Godell Parking bukan untuk bersaing, namun ia melengkapi antara satu sama lain sekali gus memberi inisiatif yang baik kepada pengguna.

"Pada masa sama, pembayaran melalui aplikasi itu akan mengesan lokasi secara automatik untuk memudahkan mereka dan ia mengambil masa yang cepat," katanya.

Beliau berkata demikian di sidang media Majlis Pelancaran Sistem Aplikasi Pintar Letak Kereta MPSJ di Laman Kenanga, Aras Satu, Bangunan MPSJ, hari ini.

Majlis disempurnakan oleh EXCO Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han.

Turut hadir Yang Dipertua MPSJ, Noraini Roslan, Timbalan Yang Dipertua MPSJ; Mohd Zulkurnain Che Ali, Ahli Dewan Negeri Subang Jaya; Michelle Ng Mei Sze, Pengarah Urusan SSDU; Dr Mohammad Fahmi Ngah.

Md Jaki berkata, pihaknya turut bekerjasama dengan rakan sinergi menggunakan parameter bersesuaian berdasarkan garis panduan ditetapkan pihak majlis.

"Saya berharap, aplikasi ini memberi faedah kepada pengguna selain membuat bayaran parking menggunakan mesin bayar dan peraga (PND), kupon gores dan pas bulanan.

"Pada masa akan datang, aplikasi PBP bakal dilaksanakan di Hulu Selangor dan Sabak Bernam," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.