ad
PENDIDIKAN

Kursi kepimpinan Islam Sultan Brunei bakal ditubuhkan di UITM

5 Mei 2019, 11:48 PM
Kursi kepimpinan Islam Sultan Brunei bakal ditubuhkan di UITM
Kursi kepimpinan Islam Sultan Brunei bakal ditubuhkan di UITM

KUALA LUMPUR, 6 MEI: Kursi Kepimpinan Islam Sultan Hassanal Bolkiah dicadang ditubuhkan di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Kementerian Pendidikan dalam kenyataan berkata penubuhan kursi itu memfokuskan kajian kepemimpinan Islam, pengurusan dan pelaksanaan serta undang-undang syariah.

Kursi itu diharap bakal menjadikan Malaysia dan Brunei sebagai pusat pengembangan ilmu yang berkaitan dengan kesultanan Melayu khususnya dan kepimpinan umumnya di peringkat antarabangsa.

“Cadangan penubuhannya telah dipersembahkan dan memohon perkenan Sultan Hassanal Bolkiah hari ini.

"Dengan itu, kursi ini boleh dijadikan pusat pengajian, penyelidikan, rujukan dan pengumpulan dokumentasi berkaitan kesultanan Melayu dan kepimpinan Islam,” kata kementerian itu semalam..

Sultan Hassanal Bolkiah dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor (Kepimpinan Islam) sempena Istiadat Konvokesyen ke-90 UiTM Mac lalu.

Sementara itu, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik selain menghadap Sultan Hassanal Bolkiah, turut mengadakan kunjungan hormat ke atas rakan sejawatnya, Datuk Seri Awang Hamzah Sulaiman di Brunei.

Maszlee di samping itu mencadangkan kolaborasi pendidikan melalui pertukaran guru antara Brunei dan Malaysia diadakan.

- BERNAMA

 

NKAH PR ROS

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.