ad
SELANGOR

RM140,000 untuk institusi agama Kuala Selangor

26 Apr 2019, 9:58 AM
RM140,000 untuk institusi agama Kuala Selangor
RM140,000 untuk institusi agama Kuala Selangor

OLEH NAZLI IBRAHIM

KUALA SELANGOR, 26 APR: Kerajaan Negeri melalui anak syarikatnya Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) menghulur sumbangan RM140,000 kepada institusi Agama Islam di Kuala Selangor.

Sumbangan membabitkan empat buah masjid, tiga surau dan tiga Sekolah Rendah Agama itu diserahkan Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari pada Jelajah Maju Bersama di Masjid Jamiul Muhammadiah, Kampung Kuantan, di sini.

Program sumbangan kepada institusi Islam di Selangor menjadi acara tetap tahunan bagi membantu institusi terbabit mebaik pulih bangunan atau melaksanakan pelbagai program mengimarahkan masjid dan surau.

Terdahulu, Amirudin Shari yang menunaikan Solat Jumaat di masjid itu turut mengambil kesempatan beramah mesra bersama penduduk kampung.

Amirudin yang diiringi beberapa EXCO turut menikmati jamuan makan tengah hari dalam Majlis Kenduri Rakyat di perkarangan masjid itu.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.