ad
SELANGOR

Pesta Ke’Chill Rantai edisi April kembali

23 Apr 2019, 2:48 AM
Pesta Ke’Chill Rantai edisi April kembali
Pesta Ke’Chill Rantai edisi April kembali

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 23 APR: Orang ramai khususnya penggemar seni dipelawa hadir memeriahkan Pesta Ke’Chill Rantai yang bakal berlangsung di Amphiteater Malaysia Tourism Centre 109, Jalan Ampang, pada 27 April ini.

Acara bulanan anjuran Selangor Youth Community (SAY Community) dengan kerjasama Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) Selangor dan Sunway Group Malaysia itu dijadual bermula jam 12 tengahari hingga 9 malam.

Melalui perkongsian di Facebook, SAY Community memaklumkan, acara itu bakal mempamerkan barisan artis dan penghibur tempatan dalam usaha menonjolkan bakat dan karya mereka kepada khalayak umum.

“Ia juga sebagai medium membawa komuniti yang memiliki bakat kreatif untuk berhimpun di bawah satu bumbung sama.

“Acara ini akan turut menyajikan persembahan muzik, puisi, graffiti, bazar kreatif dan kendera saji (food truck),” tulisnya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.