NASIONAL

Airasia: Waspada penipuan dalam talian

16 Apr 2019, 8:05 AM
Airasia: Waspada penipuan dalam talian

KUALA LUMPUR, 16 APRIL: AirAsia Bhd memberi amaran kepada orang awam supaya berhati-hati dengan penyebaran penipuan dalam talian menerusi e-mel dan bertajuk “AirAsia Big Loyalty Bonus”.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, syarikat penerbangan tambang rendah itu menggesa orang awam lebih berwaspada dan membuat rujukan ke laman sesawang dan saluran media sosial rasmi AirAsia untuk mendapatkan maklumat terkini, aktiviti dan promosi syarikat penerbangan itu.

“AirAsia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu atau kumpulan yang mengendalikan skim tidak sah itu menggunakan jenama AirAsia atau mana-mana anak syarikatnya.

“AirAsia tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan yang dikemukakan daripada skim palsu itu,” katanya.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.