ad
SELANGOR

Diterajui BN, PAC diyakini lebih telus

16 Apr 2019, 4:06 AM
Diterajui BN, PAC diyakini lebih telus

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 15 APRIL: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) Selangor diyakini mampu menjalankan fungsi semak dan imbang dengan lebih baik selepas diterajui Ketua Pembangkang.

Speaker Dewan Negeri Selangor, Ng Suee Lim berkata, kesudian pembangkang mengisi kerusi Pengerusi PAC menjamin teguran lebih kritikal dan terbuka terhadap pengurusan kewangan Kerajaan Negeri.

Katanya, ia sekali gus menutup ruang 'syok sendiri' Kerajaan Negeri dalam membuat semakan terhadap perbelanjaan agensi, jabatan, badan berkanun serta anak syarikatnya.

"Kesudian mereka pada penggal kali ini amat kita hargai kerana mereka akhirnya berani membawa nafas baharu kepada proses demokrasi yang sengaja diabaikan, pada penggal lalu.

"Dengan adanya Ketua Pembangkang yang turut berfungsi sebagai Pengerusi PAC membuktikan Kerajaan Negeri sentiasa bersedia untuk ditegur dan disemak supaya tidak tersasar daripada konsep perbelanjaan berhemah," katanya kepada SelangorKini.

Suee Lim berkata, Ketua Pembangkang penggal kali ini, Rizam Ismail menunjukkan komitmen baik dan memberangsangkan semenjak menjawat jawatan Pengerusi PAC.

"Kita dapat lihat dengan jelas beliau tekun dan komited menggalas tanggungjawab diberikan Dewan Negeri Selangor terhadap blok pembangkang.

"Semoga beliau terus jalankan amanah dengan baik dan pastikan PAC sentiasa meneliti dan menyemak urusan perbelanjaan Kerajaan Negeri," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.