NASIONAL

Tan Sri dan Puan Sri direman bantu siasatan dera pembantu warga asing - Polis

3 Apr 2019, 8:42 AM
Tan Sri dan Puan Sri direman bantu siasatan dera pembantu warga asing - Polis

KUALA LUMPUR, 3 APR: Sepasang suami isteri yang bergelar Tan Sri dan Puan Sri dikenakan perintah tahan reman sehingga pukul 5 petang ini kerana didakwa mendera tiga pembantu rumah warga asing di sebuah banglo di Kajang dekat sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, kedua-dua suspek ditahan pukul 8 pagi ini di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang.

“Kedua-dua mereka telah dibawa ke Mahkamah Kajang pada hari ini untuk mendapat permohonan reman sehingga pukul 5.00 petang tarikh yang sama (3 April) oleh Majistret Mahkamah Kajang, Nor Afidah Idris,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Semalam pihak polis turut merakam percakapan kesemua mangsa wanita berusia dari 25 dan 41 tahun itu yang kini ditempatkan di sebuah rumah perlindungan.

Jumaat lepas, tiga wanita itu mendakwa ditampar dan ditumbuk majikan mereka yang bergelar Tan Sri dan Puan Sri di sebuah banglo lalu bertindak melarikan diri untuk mendapatkan pertolongan di kedutaan mereka.

SUMBER: BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.