ALAM SEKITAR & CUACA

Ribut petir di Selangor hingga Jumaat

30 Mac 2019, 7:25 AM
Ribut petir di Selangor hingga Jumaat

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 30 MAC: Selangor diramalkan mengalami cuaca hujan ribut petir dan dijangka berlarutan hingga Jumaat, 5 April ini.

Jabatan Metereologi Malaysia (METMalaysia) melalui laman sesawang rasminya memaklumkan keadaan cuaca sedemikian diramal berlaku sepanjang waktu pagi dan petang, di beberapa lokasi.

"Antara lokasi yang dijangka mengalaminya termasuk Sepang, Hulu Langat, Petaling, Gombak, Sabak Bernam dan Hulu Selangor.

"Namun, diramalkan tiada hujan pada waktu malam," kata laporan berkenaan.

Sementara itu, status gelombang haba sehingga 4.30 petang semalam mendapati suhu maksimum di Selangor kurang daripada 35 darjah celcius.

Namun, keadaan berbeza di Chuping, Kota Setar dan Kubang Pasu ekoran suhu di situ berada pada tahap berjaga-jaga di antara 35 hingga 37 darjah celcius.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.