ad
NASIONAL

Parlimen Seputeh umum RM50,000 tambah baik balai polis

25 Mac 2019, 4:27 AM
Parlimen Seputeh umum RM50,000 tambah baik balai polis

OLEH ZAIM BADRUL HISHAM

SEPUTEH, 25 MAC: Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, hari ini mengumumkan peruntukan sebanyak RM50,000 bagi menambah baik balai polis di Seputeh.

Menteri Industri Utama itu, dalam pengumumannya turut memperuntukan RM10,000 kepada kelab polis.

"Saya umumkan peruntukan RM50,000 bagi menambah baik lapan balai polis di kawasan Seputeh dan RM10,000 kepada kelab polis," tulisnya di Twitter.

Pada masa sama, beliau kata, ini kali pertama beliau hadir ke Sambutan Hari Polis selama 20 tahun menjadi wakil rakyat.

Beliau mengumumkan peruntukan terbabit selepas menghadiri Sambutan Hari Polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields.

Sambutan Hari Polis Ke-212 disambut serentak di seluruh negara oleh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan mengekalkan tema ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’.

https://twitter.com/teresakok/status/1110007260812472321

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.