ad
SELANGOR

RM4 juta atasi masalah hakisan Pantai Jengkok

19 Mac 2019, 6:41 AM
RM4 juta atasi masalah hakisan Pantai Jengkok

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 19 MAC : Sebanyak RM4 juta dianggarkan bagi kos kawalan hakisan Pantai Jengkok di Sungai Pelek, Sepang.

EXCO Insfrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Ir. Izham Hashim berkata, lawatan tapak sudah dilakukan pada 31 Januari lalu ke lokasi hakisan yang terjejas teruk.

"Kejadian berlaku di penempatan rumah rayau orang asal sepanjang 800 meter dan jarak hakisan ke pantai isejauh 100 meter," katanya ketika Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Dewan Negeri Tanjung Sepat, Borhan Aman Shah berkenaan tindakan Kerajaan Negeri bagi mengawal hakisan yang berlaku di Pantai Jengkok, Sungai Pelek.

Katanya, hakisan berkenaan mengakibatkan kerosakan harta benda kepada masyarakat orang asal di kawasan terbabit.

Izham berkata, pada masa sama, Jabatan Pengairan Selangor (JPS) sudah mengemukakan permohonan kepada JPS Malaysia sebanyak RM80 juta bagi mengatasi masalah hakisan.

"Kemudiannya, permohonan itu diluluskan dengan anggaran kos RM40 juta yang melibatkan empat daerah iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang dan Kuala Langat.

"Namun begitu, permohonan bagi Sepang tidak diluluskan," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.