ad
NASIONAL

Pencemaran kimia: 65 pesakit baharu dimasukkan ke wad

16 Mac 2019, 4:10 AM
Pencemaran kimia: 65 pesakit baharu dimasukkan ke wad

JOHOR BAHRU, 16 MAC: Seramai 65 pesakit baharu dimasukkan ke wad akibat pencemaran sisa kimia setakat tengah malam tadi, menjadikan jumlah mereka yang masih dirawat di hospital adalah 371 orang.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor, Dr Sahruddin Jamal berkata, jumlah 371 pesakit itu, yang direkodkan setakat 12 malam tadi, menyaksikan penurunan berbanding 491 pesakit yang dirawat di hospital, pada hari sebelumnya.

"Jumlah pesakit yang masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah seramai lapan orang dan dilaporkan dalam keadaan stabil,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Pada masa sama, katanya, kerja pembersihan yang dikawal selia Jabatan Alam Sekitar masih diteruskan kontraktor menggunakan jentera dan mesin secara manual.

Beliau berkata,kerja pembersihan dilakukan mengikut tiga syif penugasan yang dijalankan 24 jam sehari.

"Sekali lagi, orang awam dinasihatkan supaya tidak menghampiri kawasan kejadian semasa kerja pembersihan dilakukan kontraktor yang dilantik kerajaan negeri," katanya.

Setakat 3 petang semalam, mangsa yang menerima rawatan ekoran pencemaran itu adalah seramai 4,035 orang. -BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.