ad
BERITA UTAMA

SPM 2018: 1,510 calon SPM di Selangor dapat semua A

14 Mac 2019, 6:41 AM
SPM 2018: 1,510 calon SPM di Selangor dapat semua A

SHAH ALAM, 14 MAC: Seramai 1,510 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 berjaya memperoleh keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran diduduki.

Pengarah Jabatan Pendidikan Selangor, Mohd Salleh Mohd Kassim berkata, negeri itu mencatatkan peningkatan dengan peratusan gred cemerlang 2.34 peratus, berbanding 2.22 peratus pada 2017.

"Ini menunjukkan kualiti pencapaian calon yang mendapat keputusan termasuk cemerlang tertinggi, cemerlang dan kepujian dalam mata pelajaran yang diambil adalah membanggakan," katanya dalam kenyataan.

Katanya, jumlah calon SPM 2018 di negeri ini yang layak mendapat sijil adalah seramai 54,093 calon, berbanding 57,313 calon pada 2017.

Bagaimanapun, Mohd Salleh berkata, bilangan calon yang layak mendapat sijil meningkat 0.21 peratus, berbanding tahun sebelumnya.

"Sementara itu, Gred Purata Negeri pada SPM kali ini meningkat 0.03 peratus, sekali gus mencatatkan pencapaian terbaik dalam tempoh tiga tahun," katanya.

Peperiksan bertulis SPM pada 2018 bermula 13 November hingga 13 Disember tahun lalu, dengan bilangan calon 65,549, di negeri ini.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.