ad
SELANGOR

Hujan, ribut petir di Selangor hingga Khamis

12 Mac 2019, 4:12 AM
Hujan, ribut petir di Selangor hingga Khamis

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 12 MAC : Selangor diramalkan mengalami hujan dan ribut petir yang dijangka berlarutan hingga Khamis ini.

Jabatan Metereologi Malaysia (METMalaysia) melalui laman web rasminya, http://www.met.gov.my/ memaklumkan keadaan cuaca sedemikian diramalkan berlaku sepanjang waktu pagi dan petang, di beberapa lokasi.

"Antara lokasi dijangka mengalaminya termasuk Sepang, Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor.

"Namun dijangkakan tiada hujan pada waktu malam," kata laporan berkenaan.

Bagaimanapun, keadaan cuaca berubah panas bermula Jumaat ini sehingga mencecah suhu 35 darjah celcius.

Ia termasuk di Sepang, Klang, Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Gombak.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.