ad
NASIONAL

KBS: RM60 juta untuk infra sukan dan belia di Terengganu

17 Feb 2019, 8:24 AM
KBS: RM60 juta untuk infra sukan dan belia di Terengganu
KBS: RM60 juta untuk infra sukan dan belia di Terengganu

KUALA NERUS, 17 FEB: Kementerian Belia dan Sukan akan menyalurkan peruntukan RM60 juta untuk pembangunan infrastruktur sukan dan belia di Terengganu tahun ini.

Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, peruntukan tersebut termasuk memulakan pembinaan tiga projek dicadangkan kerajaan sebelum ini iaitu velodrom di Dungun dan masing-masing sebuah Kompleks Sukan Mini di Jabi, Besut dan Telemong di Hulu Terengganu.

"Selain sukan berbasikal, KBS dengan kerjasama kerajaan negeri juga akan memberi tumpuan untuk pembangunan sukan air di sekitar Pulau Duyong dan kawasan pantai di Terengganu.

"Pembangunan infra sukan ini juga secara tidak langsung merangsang sektor pelancongan di negeri ini," katanya lapor BERNAMA.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir ke sesi 'town hall' bersama 2,500 pelajar sekitar Kuala Terengganu serta wakil persatuan dan penggerak belia negeri di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), hari ini.

Syed Saddiq juga meluangkan masa hampir dua jam untuk memberi penerangan berkaitan dasar-dasar kerajaan dan sesi soal jawab berkaitan mahasiswa serta belia.

- BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.