ad
BERITA UTAMA

AMAL sedia khidmat khas haji dan umrah pertama di dunia

12 Feb 2019, 4:21 AM
AMAL sedia khidmat khas haji dan umrah pertama di dunia
AMAL sedia khidmat khas haji dan umrah pertama di dunia

OLEH AFIX REDZUAN

SEPANG, 12 FEB: Malaysia Airlines Berhad (MAB) menjadi syarikat penerbangan pertama di dunia yang menyediakan perkhidmatan khusus haji dan umrah, melalui program ‘AMAL By Malaysia Airlines’.

Dengan tawaran harga berpatutan, MAB akan menerbangkan jemaah haji dan umrah melalui perkhidmatan sewa khas yang menghubungkan umat Islam di Asia Tenggara khususnya Malaysia, Indonesia juga Thailand ke tanah suci.

Majlis pelancaran disempurnakan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali bersama Pengerusi Malaysia Aviation Group (MAG), Tan Sri Md Nor Yusof dan Ahli Lembaga Pengarah yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAG, Kapten Izham Ismail, di Kompleks Kejuruteraan MAB, di sini.

Sebelum ini, syarikat itu mengumumkan penubuhan Project HOPE, sebuah syarikat penerbangan baharu bertujuan memenuhi keperluan khusus jemaah umrah dan haji ke Mekah, pada November 2016.

Penjenamaan semula kepada AMAL (Alif, Mim, Lam) pada September 2017 membawa erti ‘cita-cita’ dan ‘harapan’.

Projek AMAL tidak lagi berada di bawah Malaysia Airlines, sebaliknya menjadi syarikat penerbangan baharu seperti Firefly, MASwings dan MAB Kargo.

Andalusia menjadi pelanggan baharu MAB di bawah Projek AMAL dengan perjanjian selama tiga tahun bagi 237 penerbangan bernilai RM315 juta.

Projek itu ketika ini mempunyai kapasiti tempahan sebanyak 350,000 penumpang setiap tahun dengan 40 peratus kapasiti adalah dari Andalusia.

Ia akan menggunakan pesawat A380-800 semasa yang mempunyai 489 tempat duduk.

 

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.