ad
SUKANKINI

Man City rampas kedudukan pendahulu liga

7 Feb 2019, 2:00 AM
Man City rampas kedudukan pendahulu liga

OLEH AFIX REDZUAN

GLOBAL, 7 FEB: Manchester City memberikan tekanan kepada Liverpool dengan kembali ke puncak Liga Perdana Inggeris selepas menang bergaya 0-2, menewaskan Everton di gelanggang lawan awal pagi.

Skuad bimbingan Pep Guardiola yang menguasai permainan mempunyai banyak rentetan peluang tetapi hanya mendahului perlawanan pada penghujung babak pertama menerusi jaringan Aymeric Laporte yang berjaya menanduk masuk sepakan percuma David Silva.

Sergio Aguero hampir menggandakan jaringan buat The Citizen pada pertengahan babak kedua tetapi sepakannya sedikit keluar walaupun penjaga gol Everton, Jordan Pickford sudah tertewas.

Ketika tuan rumah cuba mengasak di penghujung permainan, Gabriel Jesus menjadi pemusnah dengan gol kedua selepas memperdaya Pickford sebelum tenang menanduk masuk bola bagi jaringan kedua perlawanan.

Keputusan itu menyaksikan mereka mempunyai kelebihan jaringan walaupun berkongsi 62 mata bersama Liverpool yang akan beraksi menentang AFC Bournemouth, pada Sabtu.

Kredit Foto: Facebook Manchester City

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.