ad
EKONOMI

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar

24 Jan 2019, 2:31 AM
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar

KUALA LUMPUR, 24 JAN: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini ekoran permintaan lebih baik terhadap unit tempatan, menjelang pengumuman Pernyataan Dasar Monetari Bank Negara Malaysia (BNM), hari ini.

Sehingga jam 9.11 pagi, ringgit berada pada 4.1310/1350 berbanding dolar US daripada 4.1350/1400 dicatatkan, semalam.

Peniaga berkata, peserta pasaran menjangka BNM akan mengekalkan kadar dasar semalaman pada 3.25 peratus yang akan mengekalkan kestabilan ringgit berbanding dolar AS, lapor BERNAMA.

“Bagaimanapun, peniaga menjangka penurunan terhadap prospek bagi dolar AS tahun ini berdasarkan kemungkinan tiada kenaikan kadar oleh Rizab Persekutuan AS, pada tahun ini,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0435/0467 daripada 3.0420/0461 dan susut berbanding yen Jepun kepada 3.7705/7756 daripada 3.7701/7756, semalam.

Ringgit rendah berbanding pound kepada 5.4062/4119 daripada 5.3689/3770 dan berkurangan berbanding euro kepada 4.7040/7106 daripada 4.6949/6026, sebelum ini.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.