ad
SELANGOR

Jom ke Pesta Ke'Chill Rantai

18 Jan 2019, 6:48 AM
Jom ke Pesta Ke'Chill Rantai

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 18 JAN: Orang ramai dipelawa hadir memeriahkan Pesta Ke'Chill Rantai, yang bakal berlangsung di Laman Budaya Shah Alam, di sini, pada 27 Januari ini.

Acara bulanan anjuran Selangor Youth Community (SAY Community) dengan kerjasama Pemerbadanan Menteri Besar, Majlis Bandaraya Shah Alam dan Sunway Group itu bermula dari jam 12 tengahari hingga 7 petang.

SAY dalam kenyataan di Facebook memaklumkan, program itu bakal mempamerkan artis dan penghibur tempatan dalam usaha menonjolkan bakat dan karya mereka kepada khalayak umum.

"Ia juga sebagai medium membawa komuniti yang memiliki bakat kreatif untuk berhimpun di bawah satu bumbung sama," katanya.

Lebih menarik, program berkenaan menyajikan persembahan muzik, puisi, graffiti, bazar kreatif dan kendera saji (food truck).

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.