ad
AGAMA

Serantau Muslim sasar bantu 10 juta umat Islam minoriti

7 Jan 2019, 9:35 AM
Serantau Muslim sasar bantu 10 juta umat Islam minoriti

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 7 JAN: Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim (Serantau Muslim) menyasarkan 10 juta umat Islam minoriti di negara ASEAN dibantu, menjelang 2023.

Justeru, Pengurus Besarnya, Mohd Hakim Mohd Nor berkata, pihaknya menyiapkan rancangan strategik sepanjang lima tahun untuk merealisasikan hasrat berkenaan.

"Tidak sepatutnya umat Islam lain berdiam diri melihat kemiskinan dan kesusahan saudara seakidah seperti di Selatan Thailand, Laos, Selatan Filipina, Kemboja, Vietnam dan Myanmar.

"Nasib yang menimpa jutaan Umat Islam Rohingya yang dinafikan kewarganegaraan oleh Myanmar harus kita perjuangkan habis-habisan sehingga mereka kembali mendapatkan hak mereka semula.

"Semua ini hanya akan dapat direalisasikan jika kita mempunyai perancangan rapi," katanya dalam kenyataan.

Pada masa sama, katanya, Serantau Muslim menyasarkan untuk mendapatkan 2,000 penyumbang tetap secara bulanan melalui kempen waqaf.my

"Slogan kempen Serantau Muslim tahun ini ialah Buat Baik Berterusan berdasarkan semangat istiqamah buat baik walau sedikit tapi berterusan.

"Semoga tahun 2019 ini akan menjadikan kita semua 'khairun nas' iaitu sebaik baik manusia yang memberi manfaat kepada orang lain," katanya.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.