EKONOMI

AirAsia tumpu Indonesia dan Filipina

2 Jan 2019, 4:08 AM
AirAsia tumpu Indonesia dan Filipina

KUALA LUMPUR, 2 JAN: AirAsia Group Bhd akan memberi tumpuan pada perniagaan di Indonesia dan Filipina, pada tahun ini untuk menjadikannya benar-benar menguntungkan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Tony Fernandes melalui Twitter berkata, beliau turut mengesahkan kumpulan itu tidak akan membuka syarikat penerbangan baharu dalam tempoh tiga tahun.

"Selepas Vietnam, kami akan tumpu pada apa yang kami sudah miliki (ketika ini).

"Kami sudah mempunyai barisan francais yang hebat-Indonesia, Malaysia, Thailand, Filipina dan Vietnam (negara ini mempunyai) populasi besar dan merupakan ekonomi yang sedang pesat membangun," katanya.

Katanya, (operasi) AirAsia India dan Jepun akan memberikan sokongan kepada kumpulan untuk "meliputi dunia” dan terus berkembang.

Beliau turut menzahirkan keyakinan bahawa operasi syarikat penerbangan itu di India dan Jepun akan mencatat keuntungan, pada 2021.

*Sumber: BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.