ad
SELANGOR

HASB galak budaya kitar semula

5 Dis 2018, 3:00 AM
HASB galak budaya kitar semula

OLEH SHEEDA FATHIL

PULAU KETAM, 5 DIS: Hebat Abadi Sdn Bhd (HASB) menggalakkan orang ramai mengamalkan budaya kitar semula, terutama di kawasan kediaman masing-masing.

Pemangku Pengurus Operasinya, Aryan Redzuan Abdullah berkata, ia bagi mewujudkan persekitaran lebih bersih, sekali gus bebas penyakit.

"Adalah satu perkara memalukan apabila kita di darat hidup serba lengkap tetapi tidak mampu melakukan pengasingan sampah, sedangkan penduduk di Pulau Ketam mempunyai kesedaran kitar semula dan menjaga kebersihan persekitaran," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sesi lawatan di sekitar Pulau Ketam, di sini, semalam.

Pada masa sama, beliau turut memuji inisiatif penduduk Pulau Ketam yang menubuhkan Pusat Pendidikan Kitar Semula Tzu Chi yang sudah beroperasi lebih lima tahun.

"Menariknya, mereka amat kreatif mengubah pelbagai bahan yang boleh diguna kembali dengan kreatif," katanya yang memaklumkan HASB sudah tujuh tahun menjalankan operasi sampah, di kawasan terbabit.

Pulau Ketam merupakan sebuah penempatan unik mula dibuka sejak 1880 dan hampir 99 peratus penduduknya berbangsa Cina dengan anggaran populasi 6,000 orang.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.