GLOBAL

George Bush meninggal dunia

1 Dis 2018, 9:42 AM
George Bush meninggal dunia

GLOBAL: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), George H.W. Bush, meninggal dunia pada usia 94 tahun, semalam, seperti mana dimaklumkan keluarganya.

"Jeb, Neil, Marvin, Doro dan saya sedih untuk mengumumkan bahawa selepas 94 tahun yang luar biasa, bapa telah meninggal," kata anaknya, bekas presiden, George W. Bush, dalam satu kenyataan dikeluarkan di Twitter oleh jurubicara keluarga.

Pemergian Bush hanya beberapa bulan selepas kematian isterinya, Barbara Bush, April lalu, iaitu bekas wanita pertama AS dan "wanita paling dicintai di dunia" yang dikahwininya selama 73 tahun.

SUMBER: AFP

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.