ad
SELANGOR

Jom zumba, utama kesihatan wanita

6 Nov 2018, 4:06 AM
Jom zumba, utama kesihatan wanita
Jom zumba, utama kesihatan wanita

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 6 NOV: Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang mengajak golongan wanita, di kawasan itu menyertai kelas zumba secara percuma, di Dewan Kampung Raja Musa, pada setiap Ahad.

Ahli Dewan Negerinya, Rozana Zainal Abidin berkata, program kendalian Pusat Wanita Berdaya DUN Permatang dan YesFit itu bertujuan menghilangkan tekanan dan menggalakan penjagaan kesihatan wanita.

"Kelas ini diadakan untuk mensejahterakan kesihatan penduduk setempat terutama masyarakat di kawasan kampung.

"Selain melakukan senaman, kita juga dapat mengeratkan silaturahim sesama wanita dan pada masa sama, bertukar fikiran berkenaan aktiviti yang boleh dilaksanakan pada masa akan datang," katanya kepada SelangorKini.

Katanya, kelas zumba selama itu diadakan dari jam 8 pagi hingga 9 pagi.

"Saya menyeru semua wanita terutama di DUN Permatang untuk bersama hadir menyertai kelas zumba ini, pada setiap minggu dan bersama memeriahkannya," katanya.

Terdahulu, Rozana bersama 55 wanita di DUN Permatang menyertai kelas zumba yang pertama kali dianjurkan di DUN itu.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.