ad
SELANGOR

MB ucap tahniah kepada PKPS menang dua anugerah

4 Nov 2018, 1:53 AM
MB ucap tahniah kepada PKPS menang dua anugerah
MB ucap tahniah kepada PKPS menang dua anugerah

OLEH NAZLI IBRAHIM

KUALA SELANGOR, 4 NOV: Usaha keras warga Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) membuahkan hasil apabila berjaya merangkul Anugerah 'Gold Award Most Fastest Growing Agrotourism Park Category Platinum' dan 'Gold Award Agrotourism Initiative Programe'.

Sambil mengucapkan tahniah, Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, kejayaan itu mengharumkan nama Negeri Selangor dalam sektor agro pelancongan.

"PKPS pada ketika ini telahpun berada pada landasan yang tepat untuk menjadi sebagai peneraju pengeluaran hasil-hasil pertanian secara komersial di Negeri Selangor," katanya.

Beliau berkata demikian pada ketika merasmikan Selangor Agrofest 2018 di Kompleks Sukan Kuala Selangor di sini, malam tadi.

Amirudin berkata, selain hasil kelapa sawit, PKPS telah memperindahkan Selangor Fruit Valley (SFV) sebagai sebuah kawasan agro pelancongan yang menarik.

Katanya, di SFV terdapat pelbagai aktiviti-aktiviti pertanian yang merangkumi hampir kesemua jenis tanaman seperti sayuran, buah-buahan, ternakan dan juga projek ternakan madu kelulut.

Amirudin juga sempat mengajak orang ramai supaya tidak melepaskan peluang melawat FSV.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.