ad
BERITA UTAMA

Kerajaan komited penuhi aspirasi rakyat

2 Nov 2018, 12:14 PM
Kerajaan komited penuhi aspirasi rakyat
Kerajaan komited penuhi aspirasi rakyat

OLEH NADIAH ZAMLUS

KUALA LUMPUR, 2 NOV: Kerajaan komited memenuhi aspirasi rakyat melalui Belanjawan 2019, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, dalam masa sama, belanjawan kali ini tidak melebihi pendapatan Kerajaan.

"Ini kerana kita hanya meminjam duit untuk membayar hutang bagi membolehkan kadar bunga menjadi rendah.

"Kerajaan amat berhati-hati dalam merangka belanjawan kali ini, jika kita tak ada duit, kita tidak boleh belanja," katanya dalam sidang media selepas Sesi Pembentangan Belanjawan 2019, di Dewan Rakyat, hari ini.

Pada masa sama, Tun Mahathir turut menempelak tuduhan yang mengatakan Belanjawan 2019 yang dibentangkan Kerajaan Pakatan Harapan (PAKATAN) 'mencilok' idea Kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

"Kita tidak curi duit dan kita tidak belanja duit lebih daripada yang mampu," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.