ad
NASIONAL

Selangor catat permohonan permit warga asing tertinggi

25 Okt 2018, 7:38 AM
Selangor catat permohonan permit warga asing tertinggi

OLEH SHEEDA FATHIL

KUALA LUMPUR, 25 OKT: Selangor mencatatkan permohonan permit masuk warga asing paling tinggi iaitu 2,527, sehingga 5 Oktober lalu.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman berkata, ia diikuti Johor (1,757), Kuala Lumpur (1,568) dan Perak (1,247).

Katanya, sehingga kini sejumlah 27,127 permohonan diterima dengan 10,145 daripadanya sedang diproses.

"Pahang pula merekodkan 568 permohonan, Kelantan (497), Kedah (478), Pulau Pinang (401), Negeri Sembilan (360), Terengganu (341), Labuan (107), Melaka (95), Perlis (65), Putrajaya (55), Sarawak (52) dan Sabah (27).

"Berdasarkan permit masuk sedia ada, warga asing yang menetap di Malaysia untuk tempoh melebihi lima tahun secara berterusan di atas pas jangka panjang layak untuk memohon permit masuk.

"Kelulusan permit masuk itu bagi melayakkan seseorang mendapatkan taraf sebagai pemastautin tetap," katanya.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Alor Setar, Chan Ming Kai berkenaan jumlah permohonan permit masuk di setiap negeri yang masih dalam proses mengikut tahun permohonan dibuat.

Katanya, permit masuk dikeluarkan Jabatan Imigresen di bawah Seksyen 10 Akta Imigresen 1959/63 bagi membolehkan seseorang warga asing untuk tinggal, di Malaysia selepas tamat satu tempoh pas yang dipegang sebelum ini.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.