ad
BERITA UTAMA

Jambatan ditutup, mendapan serius di Jalan Kampung Rantau Panjang

24 Okt 2018, 4:28 AM
Jambatan ditutup, mendapan serius di Jalan Kampung Rantau Panjang
Jambatan ditutup, mendapan serius di Jalan Kampung Rantau Panjang

BESTARI JAYA 24 OKT: Akibat mendapan serius menyebabkan jambatan yang menghubungkan Jalan Kampung Rantau Panjang, di sini terpaksa ditutup.

Menurut sumber Jabatak Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Selangor, penduduk setempat dan pengguna jalan raya dinasihatkan menggunakan Jalan Rawang - Jalan Raja Musa - Jalan Timur Tambahan Bestari Jaya.

Jambatan itu tidak boleh dilalui selepas mendapan di permulaan laluan pada jam 10.15 malam, tadi dan orang ramai dinasihatkan menggunakan laluan alternatif.

"Pengadang bagi penutupan jalan diletakkan di permulaan susur masuk Jalan Rantau Panjang berikutan memberi laluan projek menggantikan jambatan baharu," katanya salam satu kenyataan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.