ad
NASIONAL

Menteri sangkal dakwaan galak pesawah tanam durian

18 Okt 2018, 9:34 AM
Menteri sangkal dakwaan galak pesawah tanam durian

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 18 OKT: Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Salahuddin Ayub menyangkal dakwaan kononnya beliau menggalakkan pesawah menanam durian, di sawah kerana mampu memberi pulangan lumayan.

Setiausaha akhbarnya, Alyaa Azhar berkata, kenyataan yang kini tular di media sosial itu adalah palsu dan fitnah semata-mata.

"Yang Berhormat Menteri tidak pernah mengeluarkan kenyataan sebegitu dan ini bukan kali pertama beliau berhadapan fitnah sebegini.

"Namun, kenyataan kali ini ternyata berniat jahat dan tidak lain tidak bukan untuk memburukkan nama beliau," katanya.

Justeru, Alyaa berkata, pihaknya kini sedang dalam proses membuat laporan kepada polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia berhubung isu itu.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.